Hari ini saya akan menceritakan dan berkongsi hasil penggambaran kami daripada kumpulan Prestige Production. Penggambaran ini telah berlangsung selama beberapa hari dan pelbagai rintangan, dugaan dan halangan. Bunyi macam susah kan? Hahaha.Ya memang susah kerana kami perlu memastikan gambar yang diambil kena dengan cita rasa Prof.Dr. Normaliza. Pelbagai 'posing' telah dilakukan sehingga merasakan diri ini ala-ala model merangkap juru gambar profesional bagi menangkap enam jenis gambar dalam asas fotografi.
Saya berharap gambar-gambar yang dikongsi ini dapat mempersonakan anda semua dan membangkitkan rasa keterujaan dalam diri untuk mempelajari asas fotografi. Tapi diingatkan supaya jangan mengambil gambar ini tanpa kebenaran kerana basah ketiak kami ingin memastikan gambar ini cantik. XD
Jenis asas fotografi yang pertama ialah Close-Up. Close-Up pula terbahagi kepada dua iaitu Close-Up Manusia dan Close-Up bukan manusia.
1. Close-Up Manusia
Alololo. Manisnya senyuman Dayah. Boleh cair sesiapa yang tengok ni. Gigi tu dah boleh buat iklan colgate. Mesti laris nanti.
Dina jangan kerut-kerut sangat. Orang tua-tua cakap siapa kuat berkerut ni nanti tua awal. Cuba senyum sikit macam Dayah. Mesti manis, orang tersayang pun bertambah-tambah sayang~
Garang sangat muka Tikah dalam ni. Tapi bila dua kali pandang macam sedih pun ada? Rasanya Tikah tengah berlawan dengan emosi waktu ni sampai tak tahu mana satu nak tunjuk.
2. Close-Up Bukan Manusia
Cantikkan bunga ni? Nama bunga ni...Hmm...Entahlah tak sempat pula nak selidik. Hahaha. Tapi yang pasti kalau aku lelaki, aku petik bunga ni bagi 'awek' aku. Mesti cantik dia selit dekat telinga macam carita-cerita zaman P.Ramlee.
Ini nama dia Bella. Nama panjang dia kalau ikut kakak aku bagi adalah Nur Bella Izzati Flora. Sakit telinga aku tiap kali akak aku panggil nama dia. Umur kucing ni bangka dah, genap 10 tahun bulan November ni. Keluarga aku rancang nak buatkan dia kek bertemakan ikan. Harap Bella hidup sampai umur 100 tahun . Aminnnn
Nampak sedap kan air ni?. Rasa macam nak meleleh air liur tengok. Lagi-lagi kalau dapat masa hari panas, memang urmmm sedapppp. Nama air ni kalau diterjemahkan akan jadi 'Air Goncang Kelapa'. Pelik je bunyi rasa macam boleh tergoncang-goncang kalau minum selalu.
Baiklah ini sahaja perkongsian gambar-garmbar daripada kumpulan Prestige Production untuk asas fotografi jenis Close-Up. Terima Kasih!!
No comments:
Post a Comment