Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : BIRD EYE VIEW (Prestige Production)



Setelah bertungkus lumus sehinggakan belakang pun rasa lenguh sebab duduk berjam-jam. Akhirnya, saya akan berkongsi jenis asas fotografi yang terakhir iaitu Bird Eye View. Bird Eye View ni selalunya kalau kita dengar mesti fikir tempat yang tinggi-tinggi. Pernyataan itu betul kerana Bird Eye View bermaksud gambar yang memiliki pandangan dari sudut yang tinggi seolah-olah dilihat oleh burung yang sedang terbang. Dalam erti kata ringkasnya, Bird Eye View membolehkan kita berasa seolah-olah seekor burung kerana dapat melihat pemandangan dari sudut yang tinggi. Gambar-gambar di bawah akan menunjukkan contoh terbaik daripada kumpulan kami dalam menangkap gambar Bird Eye View. 





Bird Eye View

Gambar ni diambil semasa di Apartment Verdi Eco-dominiums, Cyberjaya. Nampak tinggi kan? Cantikkan? Mestilah cantik dan tinggi sebab gambar ini diambil dari tingkat 42. Boleh kata satu kawasan Cyberjaya kelihatan. Tengok bawah pun gayat je. Ni kalau jatuh, 100% pasti Innalilah.


Ini gambar semasa di Bukit Tinggi,Pahang. Dah nama pun Bukit Tinggi kan. Memang tinggilah tahap ketinggiannya. Pendek kata kalau tengok bawah boleh kecut semua dekat badan. Tapi yang seronoknya tempat ni sejuk dan damai. Kami juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Acah rasa macam burung lihat ke daratan.



Gambar ni unik tau sebab bukan senang nak dapat gambar pemandangan dari Tingkat 26, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.  Rasa macam orang kaya sikit sebab selak je langsir nampak KLCC dengan Menara Berkembar Petronas. Tambahan lagi, apabila lihat ke bawah, kita boleh lihat dengan jelas bahawa kenderaan di Kuala Lumpur juga adakalanya tidaklah sesibuk yang dijangkakan. 

p/s: Rasa diri ni besar bila duduk tempat tinggi. :D. Kereta nampak macam kutu je hahaha



Akhirnyaaaaa siap juga tugasan multimedia berkenaan enam jenis asas fotografi. Rasa macam nak melompat-lompat ada, golek-golek ada, terjun dari bangunan tinggi pun ada. Fuhhh... bukan senang ya nak tangkap gambar lepas dengan jelas dan mengikut peraturan. Harap lepas ni gambar yang kita semua ambil lebih berkualiti. Manalah tahu suatu hari nanti boleh menang hadiah Noble. ;DDD

Sekian Terima Kasih..

Harap semua perkongsian adalah bermanfaat~~~

No comments:

Post a Comment