Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
(Buku Eh!!!Media Sosial)
Menurut Normaliza Abd.Rahim (2014), blog merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Ia boleh
digunakan untuk kegunaan peribadi dan juga boleh digunakan untuk tujuan
perniagaan. Blog merupakan salah satu rangakaian sosial dan medium komunikasi,
blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li
& Chignell,2010). Menulis blog juga m=adalah aktiviti yang bermanfaat bukan
sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi
untuk belajar menulis dengan kreatif. Blog juga boleh dikongsi dan memiliki
fungsi untuk meninggalkan komen agar dapat dibaca oleh penulis.
Terdapat kajian tentang blog. Hal ini demikian kerana blog merupakan
medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengna pembaca yang
lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Ada garis
panduan opleh penyelidik yang menyatakan bahawa menulis blog mesti memenuhi
syarat-syarat menulis (Ferdig & Trammel, 2004). Blog pendidikan menggunakan
teknologi untuk menawarkan pelbagai perkara berkenaan penulisan dan maklum
balas dalam proses pembelajaran. Blog pendidikan telah banyak membantu
kebanyakan guru yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi dalam proses
pengajaran mereka (Martindale & Wiley, 2005). Malahan, Nowson (2006) turut
menyatakan bahawa blog merupakan laman web yang menggunakan bahasa tidak formal
dan kurang terhad. Kemahiran menulis
dapat ditingkatkan kerana member peluang kepada penulis blog untuk belajar
istilah, tatabahasa, struktur ayat, perbendaharaan kata, dan cara susunan
penulisan (Zaini et.al., 2012). Namun
demikian, pelajar harus berhati-hati apabila menuilis blog iaitu perlu
mengambil kira perkara-perkara sensitiviti.
Zaini Amir et.al. (2012) berpendapat bahawa wujudnya perbezaan
antara perepmpuan dan lelaki. Oleh hal demikian, dapatan kajian telah
merumuskan bahawa terdapat perbezaan di antara penulis blog lelaki dan
perempuan dalam lima cirri bahasa. Lima ciri bahasa tersebut ialah unsure kesangatan, unsure penegas,
penambahan soalan, kata sifat ‘kosong’ dan kata keterangan. Disamping itu,
terdapat tiga cirri muncul dalam hantaran blog wanita mengikut teori Lakoff
iaitu, unsure penegas, penambahan soalan dan mengelakkan bahasa taboo.
Menulis blog menjadi terkenal kerana memiliki privasi,dan dalam
masa yang sama penulis dapat meluahkan idea dengan cara yang unik. Penulis
wanita lebih cenderung dalam menghasilkan ayat-ayat yangt sangat baik.
Penggunaan teknolgi blog dalam pembelajaran telah menujukkan apabila pelajar
dan guru berkolaborasi dalam menulis blog, ia mampu meningkatkan kemahiran
menulis pelajar. Malahan, keputusan kajian mendapati bahawa pelajar member respon
yang positif berkenaan penggunaan blog dalam aktiviti pembelajran bahasa kedua.
Oleh itu, blog sangat berguna dalam mempelajari bahasa kedua.Keputusan dan
perbincangan kajian telah dibahagikan kepada tiga iaitu pengajian
kesusasteraan, pembelajran bahasa dan pembelajaran multimedia.
Kesimpulannya, keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog
membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran
teknologi. Mulis blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk
menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untuk memperti8mbangkan penulisan blog
sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.
No comments:
Post a Comment