Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: LONG SHOT (Prestige Production)

Mesti tengah tunggu perkongsian gambar jenis Long Shot kan? Setianya kamu semua ni. Sabar sabar. Jom kita pelajari maksud gambar jenis Long Shot. Gambar jenis Long Shot ialah gambar yang ditangkap untuk menunjukkan subjek dari jarak jauh, atau kawasan di mana kejadian berlaku. Gambar jenis Long Shot ini terbahagi kepada dua iaitu manusia dan pemandangan beserta manusia. Gambar-gambar di bawah adalah contoh gambar jenis Long Shot.


1. Long Shot (Pemandangan)


Ini salah satu pemandangan di Astana Morocco, Putrajaya. Indah dan mempersona kan? Sesiapa yang hati dia rasa memberontak, marah dan membentak dialu-alukan untuk datang ke sini. Tenang sahaja pemandangan. Kalau rasa tak tenang juga bolehlah terjun dalam tasik tu.


Selalunya kawasan ni penuh dengan orang berjogging. Tapi masa kami datang, sunyi je. Semua menyorok dalam bilik kot, takut jerebu. Terlepaslah peluang kami nak tengok pelajar mat saleh joging. Takpelah takde rezeki. ;(


Kami pilih gambar pemandangan ini untuk Long Shot kerana pemandangan ini amat mendamaikan jiwa. Rasa bila tengok pemandangan ni, macam-macam ilham datang. Ilham nak melukis, nak bersyair. Tapi ilham buat PITA tetap tak sampai-sampai. Mungkin dah kena terbang dek angin. Redho jelah~


2. Long Shot (Pemandangan dan Manusia)

Kebetulan masa nak buat tugasan Multimedia ni, keluarga ajak pergi Morib. Apa lagi memang terujalah nak tangkap gambar. Sampai dekat Morib memang dah nak senja. Cepat-cepat hidupkan kamera. Sekali tangkap terus cantik. Berbakat sungguh tangan aku ni. 



Mula-mula tengok gambar ni memang kena zoom. Rasa macam "apa budak berdua tu tengah buat? Menari ke?. Hahaha. Memang unik cara mereka tangkap gambar. Nasiblah hasil tangkapannya cantik. Tak sia-sia berdansa tengah jalan.


Ni lagi satu, puas aku tengok sampai susah nak beza tu kuman ke manusia?. Memang menjadi Long Shot ni. Rasanya IOI pun boleh nampak dari jauh. Jauh sikit lagi kampung aku pun boleh nampak.
p/s: Mereka ni demi bergambar tengok kereta pun tak takut. Syabas!










No comments:

Post a Comment