Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : OVER THE SHOULDER (Prestige Production)

Jenis keempat dalam asas fotografi adalah Over The Shoulder (OTS). Gambar Over The Shoulder bermaksud gambar yang diambil apabila seseorang atau sesuatu benda diambil dari perspektif atau sudut kamera daripada bahu orang lain. Jika bahu orang lain tidak kelihatan, maka gambar yang diambil bukanlah jenis OTS. Gambar-gambar di bawah akan menunjukkan gambar bagi jenis OTS. Harap anda semua akan lebih memahami apa itu OTS setelah melihat gambar yang ditangkap daripada kumpulan kami.



Over The Shoulder

 Gambar ini ditangkap di Tasik, UPM. Bahu tersebut merupakan hak milik insan yang bernama Amirah Jailani. Bahunya yang bidang dan sasa telah menjadikan gambar ini lebih menarik dan indah untuk dilihat.




Gambar kedua ini merupakan gambar dari sudut bahu Anira Bhorari. Pemandangannya di hadapannya terletak di tempat latihan Palapes, UPM. Gambar ini kelihatan cantik kerana seolah-olah Anira sedang bersedia untuk menjadi seorang pelatih Palapes yang berdedikasi!




Gambar ketiga ini diambil di hadapan Kolej Sultan Alaeddin Suleman Shah (KOSAS) dari sudut bahu Sazlina. Sazlina telah memilih tempat ini kerana berasa amat tertarik dengan kereta kebal itu. Kami terpaksa menahannya daripada membawa pulang kereta kebal tersebut.
p/s: Nasib kereta kebal tu selamat. Kalau tak hilang keunikan kolej KOSAS.


Okay selesai perkongsian gambar Over The Shoulder. Harap anda semua lebih faham cara menangkap gambar jenis ini. Bolehlah cuba-cuba tangkap gambar jenis ini nanti~

Terima Kasih.









No comments:

Post a Comment