Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 :MUG SHOT (Prestige Production)



Jadi setakat ini saya sudah berkongsi empat jenis asas fotografi yang perlu diketahui oleh setiap individu yang berminat dalam bidang multimedia dan fotografi. Jenis yang kelima dalam asas fotografi adalah MugShot. MugShot bermaksud potret fotografi seseorang dari pinggang, biasanya diambil selepas seseorang ditangkap. Tujuan asal mugshot  adalah untuk membolehkan penguatkuasa undang-undang mempunyai rekod fotografi seseorang individu yang ditangkap untuk membolehkan tujuan pengenalan oleh mangsa, orang awam dan penyiasat. Gambar-gambar di bawah akan menunjukkan contoh gambar mugshot beserta emosi.



MugShot ( Emosi Kecewa)
 Akmal kenapa ni kecewa? Jangan risau bunga bukan sekuntum. Banyak lagi petik je mana-mana nak, janji jangan petik bunga tahi ayam. Naya je nanti. Kembang kempis hidung kena tahan bau.


MugShot (Emosi Ketawa)

 Tadi rasa macam nak murung. Tapi bila tengok Anira ketawa macam ni, rasa macam nak sama-sama ketawa. Tapi tak nak ketawa besar sangat takut nanti lalat, lipas, semua masuk. Tak pasal-pasal kena ponteng kelas Multimedia. Habis markah kumpulan kena tolak.;(((


MugShot (Emosi Keliru)

Aenitan tengah keliru ni. Tadi yang dia nampak tu nak kata perempuan, bukan perempuan. Nak kata lelaki, bukan lelaki. Nasiblah pagi-pagi dah nampak spesis Sajat. Hati-hati masuk tandas takut terkongsi sama. 



Okayyyyyy... Selesai perkongsian untuk jenis kelima asas fotografi iaitu MugShot. Macam-macam jenis emosi dapat kita lihat, semua comel-comel. Bukan senang ya nak tangkap gambar muka dekat-dekat ni. Kalau saya tak sanggup sebab muka macam bulan sikit. Hahahaha


No comments:

Post a Comment