Kali ini saya akan berkongsi berkenaan gambar jenis Medium Shot (MS). Berbeza dengan gambar jenis Close-Up, gambar Medium-Shot ditangkap di mana subjek berada pada jarah tengah dan membenarkan beberapa latar belakang untuk kelihatan dalam gambar. Medium-Shot terbahagi kepada dua iaitu manusia dan pemandangan beserta manusia. Gambar di bawah merupakan contoh-contoh gambar Medium-Shot.
1. Medium Shot (Manusia)
Tengah pandang apa tu? Dina nampak jodoh lalu eh?. Puaslah Dayah suruh tengok depan, dia nak juga tengok tepi. Nasiblah Dayah tak jadi 'Hulk' masa itu. Tapi takpelah, tengok tepi pun, asalkan comel.
p/s: Dina masa tudung, mana baju? Nampak sama je, tak boleh beza dah. Hahaha
Ini nama dia 'Mek'. Semenjak masuk UPM sampai sekarang aku panggil dia Mek je. Sampai nama sebenar dia pun aku dah tak ingat. Mek ni rakan sekelas merangkap rakan sekatil. Mek ni kadang-kadang buat aku rungsing, banyak-banyak tempat dekat Astana Morocco ni, nak juga bergambar dengan pokok buluh. Anak buluh betong kot Mek ni.
p/s: Ni kalau gatal-gatal aku tahu kenapa. Suka sangat main dengan buluh, Hahaha
Urghhhh... Ini aku. Rasa nak muntah tengok gambar sendiri. Muka memang macam senyum nak berak, Semua sebab kecewa awal-awal pagi punya teruja nak pergi 'shooting' sekali tengok lampu kereta kena langgar. Mahu tak remuk hati. Takpelah bak kata Prof.Dr.Normaliza 'Redho'. Janji tugasan multimedia berjalan dengan lacar, Pecah pun pecahlah.
2. Medium Shot (Pemandangan dan Manusia)
Langkahnya seperti pejuang. Sanggup menghadapi pelbagai rintangan dan halangan demi kelas Prof.Dr.Normaliza. Anda tahu siapa dia? Siapa lagi kalau bukan Atikah Tarmizi.
p/s: cantik beg, nak pinjam boleh?
Tikah memang pandai bergaya. Kali ni pun dah dua gambar dia terpilih. Gambar aku pun satu je. :( Kalau nak tips pandai bergaya boleh hubungi dia. Mana tahu ada rezeki terpilih jadi model untuk majalah Mingguan Wanita.
Naizatul ni pedas mulutnya. Sekali kalau dia bercakap boleh rabak hati. Tapi kalau bab cara-cara tangkap gambar, semua dia boleh. Tengoklah gambar dekat tepi tasik pun boleh jadi cantik bila nai jadi model.
p/s: Maaf Nai tapi dua kali pandang aku rasa tasik tu nampak lagi cantik tanpa kau. Hahahahah
Baiklah selesai perkongsian gambar untuk jenis Medium Shot. Jumpa anda lagi di perkongsian gambar jenis Long Shot. Tata~