Monday, December 2, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial Daripada bab 1 - bab 8 ( Bab Terakhir)





Assalammualaikum. Pada hari ini saya akan memberi ulasan berkenaan buku Eh!!!Media Sosial bermula daripada bab 1 hingga bab 8. Bab 1 buku ini adalah memfokuskan kepada “Media Sosial: Gambaran Keseluruhan”. Secara umum, definisi media sosial, rangkaian media sosial dan jenis-jenis media sosial telah diberikan. Bab ini juga turut menjelaskan berkenaan faktor media sosial boleh dijadikan sebagai medium berguna dalam pembelajaran. Selain itu, bab kedua adalah berfokus kepada media sosial Twitter dan trendnya yang terkini. Terdapat satu kajian baharu telah dilaksanakan dan kajian ini membuktikan bahawa Twitter merupakan media sosial yang mudah diakses, pantas,efisyen dan membekalkan maklumat yang terkini. Bab 3 pula adalah berkenaan Facebook. Pelbagai kebaikan dan kelebihan Facebook telah dijelaskan seperti berkesan untuk digunakan semasa interaksi dalam kalangan pelajar. Malahan, kajian yang dilaksanakan juga membuktikan bahawa Facebook boleh membantu guru untuk menjadikan cara pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Seterusnya, bab 4 pula menjelaskan berkenaan Instagram. Keputusan kajian dalam bab ini turut membuktikan bahawa subjek kajian amat berminat dengan cara penggunaan Instagram yang sederhana dan ringkas. Hasil kajian juga turut menjelaskan bahawa subjek-subjek menggunakan cerita pendek Instagram hampir tiap hari.

Tambahan lagi, bab 5 iaitu berkenaan penggunaan emel yang masih terkenal sehingga kini. Kajian berkaitan emel dalam bab ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembangunan, penaiktarafan dan pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan pengajaran bahasa. Bab 6 pula lebih berfokus kepada penggunaan blog di dalam kelas bahasa. Hasil kajian berkenaan blog jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar asing seperti Korea dalam mempelajari bahasa. Di samping itu, bab 7 adalah berkenaan isu penggunaan rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Kebanyakan responden telah mengatakan bahawa terdapat isu penggunaan bahasa dan struktur ayat di dalam rangkaian sosial. Bab yang terkahir telah mengupas implikasi pedagogi. Kesannya, media sosial dan rangkaian sosial dikatakan dapat memberi pelbagai peluang dalam pembelajaran bahasa untuk lebih berkesan terutamanya dalam meningkatkan kefasihan bahasa pelajar. Implikasi buku ini adalah para pelajar dan guru yang menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih memahami penggunaan media sosial secara tepat untuk menjadi proses pengajaran dan pembejaran lebih berkesan. Hal ini demikian kerana terdapat cara-cara penggunaan setiap media sosial popular secara tepat dan mudah difahami.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Buku:

Eh!!! Media Sosial

Harga:

Rm 67.00
#Sayangbukusampaisimpandalamsweater

No comments:

Post a Comment