Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada minggu ini kami diberikan tugasan terakhir iaitu untuk bercerita berkenaan pengalaman sepanjang satu semester menjalani kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410). Pensyarah bagi kursus ini tak lain dan tak bukan adalah Prof Dr.Normaliza Abd Rahim. Beliau merupakan antara pensyarah yang paling terkenal dalam kalangan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu. Selalu perkara yang didengari berkenaan beliau adalah berkenaan sifat beliau yang tegas, berdisiplin dan sangat mementingkan ketepatan masa. Oleh hal demikian, pada hari pertama kelas multimedia, saya bersama rakan-rakan telah tiba awal di kelas kerana takut dimarahi. Hari pertama kelas amat menakutkan kerana kami telah diberi amaran bahawa kelewatan datang ke kelas akan dikenakan denda dan peraturan ini melibatkan ahli kumpulan. Meskipun, saya datang awal tetapi jika ahli kumpulan datang lewat, semua ahli akan menanggung akibat yang sama. 

Tambahan lagi, kami turut DIBEKALKAN dengan pelbagai tugasan setiap minggu.Hahaha. Kadangkala rasa macam mampu ke kami melaksanakannya? Namun demikian, akhirnya dengan kerjasama semua orang walaupun adakalanya berlaku konflik dalaman, kami berjaya menyiapkan tugasan dengan jayanya. Selain itu, dengan tunjuk ajar daripada Prof kami juga semakin bertambah ilmu berkenaan multimedia terutamanya dari segi teknik menangkap gambar dengan betul, jenis-jenis video dan juga menggunakan photoshop. Bila dah buat kesemuanya, rasanya tak adalah sesukar yang disangkakan. Seronok pun seronok sebab dapat mencuba benda-benda baharu. Semasa kelas amali pula kami telah diajar oleh Encik Akmal. Encik Akmal ni okelah tak segarang Prof. Kelas amali ni kami rasa seronok je.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof Dr. Normaliza Abd Rahim dan En Akmal kerana telah membimbing kami sepanjang 14 minggu menjalani kursus Multimedia dalam Bahasa ini. Pelbagai pengalaman baru telah dapat kami timba. Masa ni jugalah kami dapat mengenali rakan-rakan baharu. Pesanan untuk junior yang bakal mengambil kursus ini. Jangan risau adik-adik kursus ni mungkin banyak kerja tapi nanti lama-lama mesti rasa seronok.

p/s: Kotlah sebab kursus ni nanti kami dapat jadi youtuber terkenal hahaha
Rakan sekelas multimedia yang sempoi-sempoi. Comel je Prof sampai susah nak perasan

                      Kumpulan multimedia kami. Suka duka semua ada dengan diorang ni





                                                        SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment