ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI
KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI DARIPADA BAB 1 - BAB 7
Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini
terbahagi kepada 7 bab. Bab 1 bertajuk “Kajian Wacana” mengandungi
berkaitan latar belakang kepada kajian wacana iaitu definisi mengikut
beberapa sumber seperti Edmonson (1981), Stubbs (1983) dan sebagainya.
Bab 2 pula bertajuk “Teori dan Pendekatan Wacana”. Pelbagai jenis teori
dan pendekatan telah diperkenalkan oleh ahli-ahli wacana dalam bab ini.
Contohnya, Teori Analisis Wacana Brown dan Yule (1983) telah menyenaraikan
empat elemen wacana iaitu pra-andaian, implikatur, rujukan dan
inferens, Terdapat juga Teori Analisis Wacanan Kritis (Fairclough, 1995)
Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977) dan lain-lain. Teori
Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018d) memiliki tiga elemen iaitu
kandungan, konteks, dan andaian. Seterusnya, bab 3 pula bertajuk
“Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran”. Dalam bab ini mengatakan bahawa
kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual
lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak
autisme. Kajian-kajian ini akan menggunakan teori dan pendekatan
analisis wacana yang berbeza. Bab 4 iaitu “Strategi Komunikasi”
digunakan sebagai langkah percubaab sistematik oleh pelajar. Akan ada
pengenalan berkenaan kajian-kajian berkait dengan ujaran dalam strategi
komunikasi.
Selain itu,
bab 5 pula bertajuk “Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi”. Bab
ini menjelaskan bahawa dalam strategi komunikasi akan ada lima elemen
iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta
pertolongan dan mimikan. Terdapat juga penerangan berkaitan Pendekatan
Strategi Komunikasi (Normaliza Abd Rahim, 2018e). Seterusnya, bab 6
menceritakan berkenaan “Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan
Kanak-kanak”. Terdapat kajian yang dilaksanakan iaitu melibatkan pelajar
sekolah rendah. Ujaran kanak-kanak ini dianalisis dengan menggunakan
taksonomi strategi komunikasi. Bab yang terakhir iaitu bab 7 adalah
berkaitan cadangan kajian akan datang. Dalam bab ini, akan diberi
cadangan kajian berkenaan kajian wacana dan strategi komunikasi. Buku
ini diharapkan dapat membantu seseorang untuk lebih mendalami strategi
komunikasi yang lebih baik baik dan berkesan.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Harga: Rm 20.00
#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#28November2019
#Bukunigunauntukhempukgroupmatepunboleh
No comments:
Post a Comment