Monday, December 23, 2019

BBM3410Satu2019: Video Youtube

Assalammualaikkum, Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke penghujung semester akhir. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar. Nanti mesti rindu dengan kursus multimedia dalam bahasa ni. Jadi, di sini adalah senarai video yang telah saya  lakukan secara personal dan secara kolaborasi dengan kumpulan saya iaitu Prestige Production. Jemput tonton dan subscribe serta like ya video kami. Muwahhhh

1. BBM3410SATU Fotografi 2
https://youtu.be/86_WzDTLBr0

2. BBM3410SATU Fotografi 3 Potret dan Swafoto.
https://youtu.be/Eh3Gy5MKCjc

3. BBM3410SATU Fotografi 4 Simpulan Bahasa.
https://youtu.be/TqowvGFnDaE

4. Fotografi 5 Flat Lay (Kumpulan)
https://youtu.be/Yk3VjmYlCqI

5. Fotografi 6 Flat Lay Individu 
https://youtu.be/XT2McJXVoPk

6. BBM3410SATU Video 7 One Shot
https://youtu.be/UiwzIT-xL8w

7. BBM3410SATU Video 8 One Shot Two Layer
https://youtu.be/marrqJiuaqo

8. BBM3410SATU Video 9 One Shot 3 Layer
https://youtu.be/B9R7OYD02Z0

9. BBM3410SATU Video 10 Vlog Konvokesyen UPM ke 43. 
 https://youtu.be/9KGHlpSNnJE

10. BBM3410SATU Video 11 Fokus: Cota
https://youtu.be/npc_p_WFLfE

11. BBM3410SATU Video 12 Temu bual.
 
12. BBM3410SATU Video 13 Serbuk Pencuci. 
 
13. BBM3410SATU Video 14 Tragedi Dan Seram.  
 
14. BBM3410SATU Video 15 One Shot 3 Layer “Saya Tahu”.  
 
15.BBM3410SATU Vlog Makan di Burger King  
 










 











Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 12 Instagram Satu (SwafotoBersamaProf)

Assalammualaikum warga blog yang disayangi. Hahahaha. Mesti bosan kan tu sampai nak blog ni? Jadi tugasan kedua bagi kursus multimedia ini adalah kami perlu menangkap gambar swafoto bersama Prof Dr. Normaliza yang tersayang. Bukan mudah tau nak berswafoto dengan prof ni sebab biasalah dah nama pun prof mestilah sibuk. Kami yang pelajar ni pun tercungap nak siapkan tugasan. Nasiblah hari tu saya pergi teman rakan yang dibawah seliaan PITA dengan prof, maka dapatlah saya berswafoto dengan prof. Tapi tulah hahahaha sekali je dapat tangkap gambar, tu pun muka saya nampak hudusss. Namun syukurrrr muka prof tetap cantik flawless habis. Hehehehe. Jadi nilah gambar yang ditangkap bersama Prof Dr.Normaliza.


1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram
 
 P/s: Puji Prof sampai prof komen dekat gambar saya hehehehe


2) Like daripada Prof Dr. Normaliza
 

 3) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook




 4) Gambar yang Dimuat Naik di Twitter
 
 

Sekian

Terima Kasih 
 
 

Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 12 Instagram Satu (Emoji)

Assalammualaikum sekalian makhluk Tuhan. Sihat? Dah makan?. Bosan? Kalau bosan jom baca 'post' saya kali ni. Jadi untuk tugasan minggu ni kena buat muka emoji. Mula mula nk buat gambar anak buah tapi tah rasa macam kalau gambar mak lagi comel. Mak pun rela je . Suruh senyum nampak gigi sampai tak nampak dah mata. Hahahah jadi nilah muka emoji :grin: ni versi mak mak.
Comel kan mak? Rela je dia. Ni makin sayang niiii


1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram


 P/s: Dapat komen daripada Prof. Dia kata mok comellah. Mesti mok kembang semangkuk kalau tahu ni

2) Like daripada Prof Dr. Normaliza

  

3) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook

  

 4) Gambar yang Dimuat Naik di Twitter

  

Mok ni dulu masa muda-muda garang habis. Tapi sekarang bila dah berumur anak buli suruh buat muka emoji pun dia ikut je. Hahahhaa. Tapi buat muka emoji pun mok tetap comel.

Sekian

Terima Kasih 

BBM3410Satu2019: Minggu 11 Instagram Dua (Keberkatan)

Assalammualaikum.... Masih tak bosan lagi baca blog saya eh? Hahahaha. Jadi untuk tugasan multimedia minggu ni gambar kedua yang perlu dimuat naik adalah gambar berkaitan keberkatan. Bila kata berkenaan keberkatan mesti yang terlintas di fikiran adalah perkara yang boleh menjadikan hidup kita ini lebih tenang dan sentiasa diredhai oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, saya telah memilih gambar adik beradik untuk melambangkan keberkatan. Hal ini kerana hubungan adik beradik mestilah dijaga selain daripada hubungan dengan ibu bapa. Memanglah kita akan sentiasa bergaduh selisih faham dengan adik beradik. Tetapi akhirnya percayalah bila kita susah merekalah yang akan datang membantu kita. Jadi inilah gambar adik beradik saya hehehhe.


 1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram


 P/s: Prof komen beliau bukan takat gaduh je tapi siap cakar-cakar. Jadi saya sarankan sebelum cakar tu. prof asah dulu kuku nanti lagi power hahahah



2) Like daripada Prof Dr. Normaliza dan Dr. Aliaa Roslan






3) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook





 4) Gambar yang Dimuat Naik di Twitter
 
 

Tak kiralah berapa kerapnya kita bergaduh dengan adik beradik tapi asalkan jangan ego selalu minta maaf satu sama lain. Percayalah hubungan adik beradik itu akan kekal sampai ke akhir hayat. Bila sorang-sorang dah mula kahwin ada kehidupan sendiri nanti susah dah nak jumpa.  Masa tu barulah nak rinduuuuu
hahaha

Sekian
Terima Kasih 

BBM3410Satu2019: Minggu 11 Instagram Satu (Ibu)

Pejam celik. Pejam celik.. Dah masuk minggu 11 kan? Selalunya minggu 11 ni pelajar memang tengah serabut habis. Yelah waktu-waktu macam ni 'due date' tugasan semua makin datang merangkak suruh hantar. Hahahaha. Jadi berbalik kepada tugasan kursus multimedia dalam bahasa. Minggu ini kami diminta oleh Prof Normaliza yang comel amat untuk memuat naik di media sosial gambar emak masing-masing. Haaaaa mesti ada yang makin rindu dekat mak kan? Lagi-lagi bila prof suruh letak kapsyen perbualan dengan mak. Macam saya tak adalah rindu mak sangat sebab tiap minggu jumpa. Rumah tak delah jauh mana hahahah. Jadi inilah gambar dan kapsyen perbualan saya bersama emak aka MOK. 


 1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram



2) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook

 


 3)  Gambar yang Dimuat Naik di Twitter






Comel tak mok saya? Comel kan. Siapa cakap tak comel tu elok ke pukul dengan kamus biar pengsan kejap hahahah. Setiap daripada kita mesti ada mak kan? Jadi hargailah mak kita sebaik-baiknya. Jangan nanti nyesal kemudian. Masa tu barulah nak meratap nak mengilai nangis. Huhhuhu

Sekian

Terima Kasih  




BBM3410Satu2019: Minggu 10 Instagram Dua (Kelegaan)

Hai hai hai. Semua sihat??? Sebelum ni saya dah menganggu kehidupan kamu semua dengan psot yang bertajuk kelegaan kan. Dahla cerita pasal PITA jugak. Tak pasal-pasal semua teringat PITA, habislah tak lena tidur malam. Hahahaha. Cakap pasal ketenangan pernah tak kamu semua rasa lega je bila tengok kanak-kanak. Diorang ni kan jenis kena marah camna lah tetap tak lama lepas tu gembira balik. Senyum gelak tak ingat dunia. Bila tengok diorang macam tu tetiba rasa lega. Rasa macam kan seronok kalau dapat jadi budak-budak balik. Tapi tulah ajak Prof, prof tak nak sebab beliau cakap kena masuk sekolah balik. Hahahaha. Jadi inilah gambar anak-anak buah saya yang menjengkelkan tapi bila tengok diorang rasa lega kejap.



 1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram

 P/s: Tengok tuuu. Tengok tuuu. Prof komen saya lagi. Harap jangan jeles hahahaha

2) Like daripada Prof Dr. Normaliza





3) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook



 4) Gambar yang Dimuat Naik di Twitter



Jadi kepada sesiapa yang sekarang tengah serabut, kusut, dan sebagainya bolehlah cuba tenung muka budak-budak. Lihat senyuman, ketawa mereka. Percayalah sedikit sebanyak nanti kita akan rasa lega daripada semua masalah yang sedang dihadapi.

Sekian

Terima Kasih 

BBM3410Satu2019: Minggu 10 Instagram Satu (Kelegaan)

Assalammualaikum~~ ketemu lagi ya?? Jadi untuk minggu ni kena muat naik dua gambar di media sosial. Gambar pertama adalah ketenangan dan kali ini adalah kelegaan. Kalau dengar perkataan kelegaan ni mesti terbayang kita dah lepas daripada sesuatu beban kan.. Bila fikir macam tu perkara yang terlintas di fikiran saya adalah PITA. Fuh siapa yang tak rasa terbeban dengan PITA kan? Hahaha . Jadi gambarnya adalah seperti yang berikut:


1) Gambar yang Dimuat Naik di Instagram

p/s: Prof komenlah. Ayat prof kalau komen semua kelakar2/ Mesti anak Prof jumpa Prpf gelak je memanjang


2) Like daripada Prof Dr. Normaliza




3) Gambar yang Dimuat Naik di Facebook
 
4) Gambar yang Dimuat Naik di Twitter


Baiklah sampai di sini sahaja. Hidup ni jangan serabut-serabut. Cuba selesaikan masalah dengan baik dan dapatkan kelegaan agar hati sentiasa tenang. Aminnnnn

Sekian

Terima Kasih