Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI DARIPADA BAB 1 - BAB 7

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini terbahagi kepada 7 bab. Bab 1 bertajuk “Kajian Wacana” mengandungi berkaitan latar belakang kepada kajian wacana iaitu definisi mengikut beberapa sumber seperti Edmonson (1981), Stubbs (1983) dan sebagainya. Bab 2 pula bertajuk “Teori dan Pendekatan Wacana”. Pelbagai jenis teori dan pendekatan telah diperkenalkan oleh ahli-ahli wacana dalam bab ini. Contohnya, Teori Analisis Wacana Brown dan Yule (1983) telah menyenaraikan empat elemen wacana iaitu pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens, Terdapat juga Teori Analisis Wacanan Kritis (Fairclough, 1995) Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977) dan lain-lain. Teori Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018d) memiliki tiga elemen iaitu kandungan, konteks, dan andaian. Seterusnya, bab 3 pula bertajuk “Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran”. Dalam bab ini mengatakan bahawa kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autisme. Kajian-kajian ini akan menggunakan teori dan pendekatan analisis wacana yang berbeza. Bab 4 iaitu “Strategi Komunikasi” digunakan sebagai langkah percubaab sistematik oleh pelajar. Akan ada pengenalan berkenaan kajian-kajian berkait dengan ujaran dalam strategi komunikasi.
Selain itu, bab 5 pula bertajuk “Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi”. Bab ini menjelaskan bahawa dalam strategi komunikasi akan ada lima elemen iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Terdapat juga penerangan berkaitan Pendekatan Strategi Komunikasi (Normaliza Abd Rahim, 2018e). Seterusnya, bab 6 menceritakan berkenaan “Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak”. Terdapat kajian yang dilaksanakan iaitu melibatkan pelajar sekolah rendah. Ujaran kanak-kanak ini dianalisis dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Bab yang terakhir iaitu bab 7 adalah berkaitan cadangan kajian akan datang. Dalam bab ini, akan diberi cadangan kajian berkenaan kajian wacana dan strategi komunikasi. Buku ini diharapkan dapat membantu seseorang untuk lebih mendalami strategi komunikasi yang lebih baik baik dan berkesan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Harga: Rm 20.00

#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#28November2019
#Bukunigunauntukhempukgroupmatepunboleh